Misteri Disebalik Air Zam Zam Yang Tak Pernah Kering
SALAH satu keajaiban yang boleh disaksikan selama berabad-abad adalah telaga air zam zam. Sumber mata air itu terus mengalir walaupun puluhan juta liter diambil setiap musim haji dan berjuta-juta liter lain di bulan-bulan biasa. Seperti diketahui, jumlah jamaah haji rata-rata dalam 10 tahun terakhir mencapai 2.5 juta orang per tahun. Jika masing-masing membawa air zam zam 5 liter ke negaranya, maka ada 12.5 juta liter air zam zam yang diangkut ke berbagai negara. Sedangkan selama di Makkah, 2.5 juta jemaah haji boleh menghabiskan 50 juta liter. Pada bulan-bulan selain Dzulhijjah, air zam zam tetap diambil. Untuk jemaah umrah sehingga untuk bekalan ke berbagai masjid di Arab Saudi. Anehnya, walaupun setiap saat dikuran, air zam zam tetap mengalir dan tak pernah kering. Apa rahsianya? Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir membuat kenyataan kepada Akhbar Eropah bahawa air zam zam tidak sihat untuk diminum. Ia berdalih, kota Mekah berada di bawah garis permukaan laut.